Disclaimer

Asssalamualaikum and hye visitor...Welcome to my online diary. Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Leave your footprint on my cbox...Hate my blog? click Here


//Sweet diary
Saturday, 23 July 2016 • 10:00 • 0 Sweet hearts



Sebab saya suka shopping online!


Sebelum ada internet banking, rasa macam selamat je duit dalam bank tu... Tapi lepas baru2 ni abah ajak pergi daftar Maybank2u maybe (sebab dah penat menolong anak dia bank in duit), saya kena belajar tahan nafsu dan kedekut dengan diri sendiri. Kalau tak buat macam tu alamatnya gigit jarilah nanti.

Tapi, shopping online ni memang berhantu sebab boleh buat kita ketagih kalau dah terjebak. (Setuju tak dengan saya?) Tapi memang seronok pun bershopping online ni. Senang. Cepat. Simple.

Salah satu sebab suka beli online ni rasa seronok masa nak terima parcel. Macam dapat hadiah besar je. Hehehe



Lepastu nanti kita akan rasa thrill masa nak tunggu parcel tu sampai. Maybe lagi parah siap hitung hari demi hari nak terima barang yang telah diorder. 

Ingat! Beli barang yang perlu la... dan semestinya berpatutan dengan harga. Saya pilih membeli secara online sebab tak payah nak bersusah,  berpanas nak pergi cari... tapi tengok barang juga la..  ada barang kena juga ke kedai terus supaya kita sendiri puas hati... 

Ada tiga website yang saya telah melabur beratus-ratus RM dalam perniagaan mereka. 😂 
3 website tu memang banyak kali kena kawal nafsu kalau dah terbuka. Sobsob. 

Kalau dekat ZALORA tu saya suka pergi tempat beauty. Hehe... Mencari barang make up. Tapi takdelah over sangat barang make up tu. Make up yang simple tu macam foundation, blush, lipstick, mascara etc. Huhu.. Saya suka pakai Maybelline sebab selesa. Make up tu rasa soft dan tak gatalkan kulit since saya seorang yang berkulit sensitif. Simple rule lepas pakai make up ni, cuci muka sebelum dan selepas pakai. Selepas pakai lah yang penting. Kalau boleh scrub muka tu. Jangan kuat sangat nanti luka. Kena rajinlah. Kalau tak nanti tumbuh jerawat dekat muka macam mana? 


Selalunya macam ni lah interface ZALORA.

Ni category yang boleh kita pilih. selalunya saya pilih dekat beauty. hehe


haa ni kita boleh sort kita nak barang tu disusun macam mana. Saya selalu pilih susun dari  lowest price ke highest price. supaya saya dapat ukur baju sendiri.


Kalau LAZADA saya selalu cari benda yang bukan girl stuff. Contoh: macam komik, casing, payung, dslr stuff etc. Lazada tu boleh dikatakan ada semua benda. Search je apa yang awak semua nak mesti keluar. 



So far tak mengecewakan both laman online website tu. Service pun tiptop. Boleh cash on delivery or cod which is bila barang sampai awak bayar. Kalau awak tak berpuas hati dengan barang tu yes you can return it back tapi makan masa lah. 

Yang ketiga ni, Instagram. Mesti semua yang mula online shopping start dengan instagram takpun fb. Its common. Instagram dulu je minat, tapi lepas kena tipu beberapa kali dah tak minat. Instagram tu bebas. Anyone can sell even pencuri pun boleh jual barang yang mereka curi. Instagram pun ada macam2. Dan tak secomplicated macam website yang lain. Kita search barang yang kita nak. Dapatkan nombor seller tu dan whatsapp dia. Then, confirmkan balik barang apa yang kita nak. Lepastu, bank in. Bagi detail awak; nama, alamat, no phone (selalunya)..

Dunia sekarang sangat mudah. Rugi kalau kita tak manfaatkan kecanggihan teknologi yang ada ni.

p/s: Lately ni, terbuka ZALORA. Then tengok ZALORA tengah buat sale make up. Aigooo. Mampu scroll je kebawah dan kebawah then click next page. Duit takdelah. Even nak beli brush make up pun kena try rezeki ada tak dengan buah hati. Hahaha... apa pula online shopping yang korang semua minat? Tinggalkan komen di ruang bawah tu.




XOXO TEHA


0 Comments posted :

Post a Comment


Follow or leave ?



Chatting Here


Don't use harsh word
alittleteha.blogspot.com

Post history





Template By: Kawaii Lady
Some stuff: